Ahad, 12 Oktober 2014

Corat-Coret Pengalamanku Mencari Kerja

Era graduasi sememangnya masa2 yg sangat indah utk semua mahasiswa. Inilah masanya seseorang itu meraih kemenangan setelah berhempas pulas menuntut ilmu di IPTA/IPTA.

Aku pun begitu, setelah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda hampir 3 tahun di UNIVERSITI MALAYA (UM) dalam bidang Pengajian Media (Komunikasi Massa) pada 6 September 2007, tibalah masanya aku merasai pengalaman sebenar mencari pekerjaan. Sebelum aku berjaya dalam kehidupanku sekarang, terlalu banyak pengalaman suka duka semasa aku mencari kerja. Tidak senang nak senang, usaha demi usaha serta bertawakal berdoa memang aku tanamkan utk berjaya dalam hidup.

Berikut aku ceritakan pengalaman aku mencari kerja secara kronologi.

(a) Permohonan kerja sebagai Kadet Wartawan, Sinar Harian (2007)
Maklum, seorang graduan Komunikasi Massa, pastinya aku akan cenderung memilih kerja yg sepadan dengan aku, inilah jawatan pertama aku pohon dalam tahun 2007 selepas aku bergraduat. Masa ini, Karangkraf baharu sahaja menerbitkan akhbar Sinar Harian. Aku dengan perasaan ingin mencuba telah memberanikan diri untuk menghadiri temuduga di Karangkraf utk menghadiri temuduga ini. Bermula dengan sesi pertama: Ujian Bertulis Berita, sesi kedua: Kajian Kes dan sesi ketiga: Temuduga. Alhamdulillah, aku berjaya menjawab semua sesi dengan amat berpuas hati dan pada firasat aku akan berjaya temuduga ini.

STATUS KEPUTUSAN TEMUDUGA: BERJAYA DITAWARKAN (TETAP) DENGAN GAJI POKOK RM 1,200.00
STATUS KEPUTUSAN AKU: MENOLAK ATAS SEBAB2 TAK DAPAT DIELAKKAN

(b) Permohonan kerja sebagai Wartawan Penyiaran di TV9 (2007)
Perjalanan mencari kerja aku diteruskan dengan memohon kerja di salah satu konglomerat media terbesar di Malaysia iaitu Media Prima. Aku pun menghantar surat resume memohon kerja, mana tahu akan dipanggil yg penting mencuba. Selang beberapa minggu, aku dihubungi pihak TV9 untuk memanggil aku temuduga sebagai Wartawan Penyiaran di stesen yg pada masa itu baharu ditubuhkan.

Seramai hampir 20 lebih orang hadir dalam temuduga tersebut, semuanya dari jurusan Komunikasi Massa dan majoritnya dari UiTM dan aku sahaja yg terkontang-kanting dari UM jurusan Komunikasi Massa. Aku tetap tabah sebab aku percaya bahawa rezeki Allah pasti ada jika aku berusaha dan yakin.

Sesi pertama, aku dan calon2 lain dikehendaki menulis satu artikel berita selama sejam. Aku pun menjawab dengan tenang dan setelah itu sesi kedua pula diteruskan dengan temuduga. Apabila tiba giliran aku ditemuduga, aku pun dipanggil masuk ke bilik temuduga. Orang yg menemuduga aku ialah Allahyarham Datuk Bukhari Che Muda, COO TV9 pada ketiga itu dan beberapa orang lagi yang aku lupa namanya.

Sesi temuduga aku di TV 9 berjalan dalam waktu agak lama hampir 45 minit. Rata2nya mereka sangat teruja sebab aku salah satunya calon dari UM yang mengambil Komunikasi Massa, sehinggakan mereka sempat bertanya "Kami tak sangka UM ada menawarkan bidang Komunikasi Massa.

Pasca temuduga, aku pun keluar dgn perasaan sangat yakin akan diterima bekerja dan menantikan sesuatu yg mendebarkan akan keputusan temuduga tersebut.

STATUS KEPUTUSAN TEMUDUGA: BERJAYA DITAWARKAN (KONTRAK 6 BULAN) DENGAN GAJI POKOK RM 1,400.00
STATUS KEPUTUSAN AKU: TERIMA

Aku adalah salah seorang dari 2 calon yang berjaya ditawarkan daripada 20 lebih calon yang menghadiri temuduga tersebut. Aku menerima tawaran di TV 9 bermula 1 Ogos 2007 dan ditempatkan di program "Keluarga di 9" yang dibarisi pengacara popular Aziz Desa, Datin Norjuma Habib dan Farah Deeba. Aku turut berkenalan dengan seorang lagi rakan wartawan yang kini telah berkahwin dengan seorang selebriti tanah air. Namun, jodoh aku tak panjang dan berhenti atas sebab2 tak dapat dielakkan.

(c) KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) (2007)

Cita2ku memang hendak bekerja di sektor awam, jadi apalagi aku pun memohon jawatan guru KPLI. Aku memohon bidang Bahasa Melayu. Alhamdulillah, aku berjaya dipanggil MTest dan Lulus MTest seterusnya dipanggil temuduga di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim (IPTI).

Temuduga aku untuk subjek bahasa Melayu, ini sahaja bidang yg hampir2 bersesuaian dengan kursus aku. Tapi soalan boleh tahan sukar sebab berkenaan bahasa Melayu...hehe...Apapun aku jalani dengan tabah hingga selesai.

STATUS KEPUTUSAN TEMUDUGA: BERJAYA DITAWARKAN
STATUS KEPUTUSAN AKU: TERPAKSA MENOLAK ATAS SEBAB-SEBAB TIDAK DAPAT DIELAKKAN

(d) Artis Berjadual di RTM (2007)


Aku turut dipanggil menghadiri temuduga Artis Berjadual di RTM Angkasapuri. Aku sangat pelik sebab tak tahu langsung bidang kerja apakah yang aku akan buat.


Temuduga utk jawatan ini aku dipanggil sebanyak 2 kali iaitu di Angkasapuri dan Tasik Utara. Sesi pertama aku diminta menjawab Ujian Bertulis, sesi kedua Ujian Bacaan dalam bahasa Melayu dan English dan sesi terakhir sebagai deejay di corong radio.


Menurut Puan yg mengurus temuduga ini taraf jawatan ini adalah Sambilan tetapi berpeluang untuk mendapat Tetap jika berprestasi.


Calon2 yang menemuduga agak ramai lebih kurang 20 orang lebih tetapi aku melihat agak skeptikal temuduga ini sebab ramai anak-anak / anak buah"orang dalam" yang menyertainya. Apapun, aku tetap berusaha sehingga ke "titisan darah terakhir". Menurut Puan tersebut, jika aku tidak dihubungi dalam tempoh 2 bulan, maknanya aku tidak berjaya.


STATUS KEPUTUSAN TEMUDUGA: TIDAK BERJAYA DITAWARKAN
STATUS KEPUTUSAN AKU: TAK BERJAYA NAK BUAT APAKAN, REDHA JERLAH...

(e) Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (2007 dan 2008)

Jawatan ini merupakan kerjaya impian setiap graduan yang ingin memasuki Perkhidmatan Awam. Kerjaya ini juga menjadikan jawatan tersebut sangat gah dimata graduan. Aku turut berkongsi perspektif yang sama dengan turut memohon jawatan ini dengan beberapa kali mengambil ujian dan assessment.

KALI PERTAMA UJIAN: GAGAL
KALI KEDUA UJIAN: LULUS DAN DIPANGGIL ASSESSMENT TETAPI GAGAL UNTUK DITEMUDUGA PULA
KALI KETIGA UJIAN: GAGAL LAGI

Haha....memang sangat lawak sebenarnya jika difikirkan....aku dapat kenalpasti kelemahan aku dalam ujian adalah dalam seksyen MATEMATIK...untuk ASSESSMENT pula lebih kepada Pengucapan Awam dan Debat Ala Parlimen.

Tetapi aku tetap tidak pernah putus asa untuk mencuba, mana tahu jika ada rezeki ditakdirkan satu masa nanti aku berjaya menjawat jawatan ini, pastinya aku akan berasa sangat puas hati...tambahan pula sekarang Ujian PTD adalah secara atas talian dan pasti aku boleh bersedia sebab hanya perlu menjawab dari rumah sahaja.

(f) Pelatih Pengurusan Financial Sector Talent Enrichment Program (FSTEP) (10 Disember 2007-10 Disember 2008)

Aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh menyertai latihan ini. Penyertaan aku bermula apabila rakan UM aku, Siti Bahanis Baseri kongsikan iklan FSTEP ini. Aku pun suka2 memohon dan tak sangka dipanggil untuk Ujian Bertulis dan Temuduga di Dataran Kewangan Darul Takaful.

FSTEP ini merupakan satu latihan untuk bakal2 profesional yang akan bekerja di sektor perbankan Islam / Konvensional / Insuran / Takaful / Pelaburan dan merupakan inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM). FSTEP bukan Skim Latihan Menganggur tetapi pemilihannya amat ketat dengan PNGK mestila 3.4 ke atas dalam apa2 juga bidang.

Ujian sesi pertama aku adalah secara atas talian: English dan IQ Test dan sesi kedua aku ialah Temuduga...Memang sangat "down" masa tu sebab temuduga dalam English sepenuhnya, aku pula lebih pakar dalam bahasa Melayu....tapi aku tetap mencuba dan berikhtiar.....

STATUS KEPUTUSAN TEMUDUGA: BERJAYA DITAWARKAN (KONTRAK 1 TAHUN) DENGAN ELAUN SEBANYAK RM 2,200.00
STATUS KEPUTUSAN AKU: TERIMA

Aku terima menghadiri latihan ini dengan 6 bulan pertama menghadiri Latihan Dalam Kelas dan 6 bulan seterusnya Latihan Industri di Maybank, eChannels, Jalan Tun Perak.

Pengalaman menghadiri latihan ini mengajar aku akan kepentingan menguasai bahasa Inggeris dengan sebaik mungkin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...