Sabtu, 3 April 2010

Asal-Usul April Fool

Asal-usul April Fool-menjawab Dollah Badui

Saya tertarik dengan cerita asal usul April Fool oleh saudara Dollah Badui bertarikh 11 Mac 2001.

Kadangkala dalam keghairahan setengah2 orang Islam untuk membuang unsur2 bukan Islam dalam budaya dan aktiviti harian, ada yang mereka2 (fabricate) cerita untuk menguatkan hujah bahawa sesuatu aktiviti itu adalah tidak Islamik (contohnya asal-usul April Fools). Saya taklah ingin mengatakan bahawa cerita yang dibawa oleh saudara Dollah, adalah rekaan, cuma tidak ada bukti sejarahnya sebegitu. Kalau ada faktanya dalam penulisan2 sejarah, samada dari perspektif penulisan Islam atau bukan Islam, saya minta supaya dibawa ke sini.

Setahu saya, April Fool ini adalah berasal dari penukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564, manakala jatuhnya kerajaan Islam Granada ke tangan Kristian adalah pada 2 Januari 1492.

Oleh itu, dengan mewarwarkan cerita yang tidak diasaskan kepada fakta ini, niat baik untuk meningkatkan iman dan kualiti keIslaman seseorang Muslim itu, sebaliknya menyebabkan Islam makin dicurigai, ditertawakan dan diperlekehkan oleh masyarakat bukan Islam.

Bukti akan merbahayanya cerita-cerita sebegini ialah apabila Answering Islam, suatu laman web yang mempromosikan ajaran Kristian dan selalu memperperkecilkan ugama Islam, telah menggunakan cerita April Fool (versi Granada) ini untuk menguatkan hujahnya bahawa Islam itu adalah didokong oleh manusia-manusia yang paranoid (takut bayang-bayang sendiri) dan didirikan atas dasar kebencian dan permusuhan.

Saya tidaklah suka untuk rekomen laman web ni kepada pembaca semua kerana isinya adalah cukup mengelirukan dan kalau yang tidak kuat imannya boleh terpedaya, tapi kalau nak tengok bukti apa yang saya sebutkan di atas, bolehlah berkunjung sekejap ke:

http://www.answering-islam.org.uk/Hoaxes/aprilfool.html

Internet adalah suatu kuasa yang sangat kuat. Digunakan dengan bijak ia boleh menolong menyebarkan keindahan Islam kepada manusia sejagat, tetapi kalau digunakan untuk menyebarkan cerita-cerita separuh benar dan khabar-khabar angin, ia boleh menjauhkan manusia dari Islam.

Nasihat saya kepada semua yang ghairah untuk memaklumkan umat manusia tentang Islam, berhati-hatilah. Jikalau berhadapan dengan cerita-cerita seperti asal-usul April Fool ini, periksalah dulu, tanyalah mereka yang lebih mengetahui misalnya pakar sejarah dan ustaz-ustaz, supaya kita sendiri tidak menjadi April Fools, menjadi bahan ketawa masyarakat bukan Islam. Janganlah menjadi sumber penyebaran pembohongan dan fitnah.

Walaubagaimanapun, hari April Fools tetap tidak boleh disambut atau dibesar-besarkan oleh orang-orang Islam, kerana ia mempunyai unsur- unsur tipuhelah, ketidakjujuran dan boleh merosakkan hubungan silaturahim sesama kita yang mana kesemuanya ini adalah bukan nilai Islam.

Wallahua'lam.

(Kredit kepada http://mindarakyat0.tripod.com/2001mac/i2001-0749.htm)

Salam Tahun Baharu 2010

Salam Semua,

Lama sungguh saya tidak kemaskini blog saya ini. Maklumlah terlalu sibuk dengan kerja-kerja seharian. Saya berjanji mulai saat ini saya akan sentiasa "update" blog saya ini supaya menjadi ceria dan lebih berinformatif.

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...