Saya terjumpa kisah menarik ini daripada Facebook Dato Haji Roslan Ab Hamid
LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia
iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil
tengah bandar. Milikan rm35 juta.
Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan.
Bolehkah saya kongsikan?
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa
ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan
ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa
antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu
ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu
terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang
siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat.
Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula.
Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama
ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi
jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti
membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada
seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah
mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama
dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30
juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul
huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala
orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu erkata, mulut dia tidak berhenti
baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap
lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.
6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat
perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti
habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan.
Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan
kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah.
Belanja mereka..
7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila
dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu
rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan
semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak
untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca
kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian
untuk kerja esok hari.
8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu
berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting.
Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari
hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung
mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.
9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap
letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan
dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak
pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun,
baginda ajar kita maafkan semua orang.
10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang.
Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada
internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah
tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya,
supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai
orang.
11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup
dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni.
Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan
duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan
kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.)
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa
tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan
siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau
tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak
keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita
jual.
12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri
kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain
rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya
jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu
ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan
semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.
13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam
dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya
biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian
buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula
lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu
bisnes.
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat
sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, "baharu ada 13 anak
sungai di syurga. Tambah sampai 20". Saya buat contengan kata dia dalam
kepala)
14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita
bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh
bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi
dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi.
Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit.
Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak
Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap.
Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau
tidak. Tidak berkat begitu.
15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak.
Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak
Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi
cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik,
saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya
usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah
peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita
tersisir rapi.
Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
16. Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam
main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang
bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol.
Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut
datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana.
Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan
diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi.
Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang
takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung
amalnya), disediakan baginya dua syurga"
17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik
bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima,
namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan
ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku
bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat
dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja.
Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam
genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun
Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk
itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
18. Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras.
Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha.
sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit
umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati
itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata
mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua
perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6
jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit.
Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan
rumahmu dan tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya.
(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)
19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
"Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di
pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itusahabat
dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan
segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula"
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya.
Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang
bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara.
ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang
simpang.
20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh
kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali
sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3
kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya'.
InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri
mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah
Raja dan Tuan kepada segala Raja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan